Wednesday 29 April 2015



TEMPAT

Kawasan lapang

PERALATAN

Tiada

PEMAIN

Sekurang-kurangnya lima pemain:
a) Seorang pemain menjadi ibu ayam.
b) Seorang pemain menjadi seekor helang.
c) Anak tidak terhad bilangannya antara 2-10.

PERATURAN PERMAINAN

  1.  Undian hendaklah dijalankan terlebih dahulu untuk menentukan peranan pemain-pemain.
  2.  Helang tidak boleh merempuh tangan ibu ayam yang sedang mendepa. Helang hanya perlu menangkap pemain yang berada di hujung barisan(di belakang).
  3. Jika Helang berjaya menangkap anak ayam, pemain berkenaan akan bertukar peranan. Helang menjadi anak ayam pula, dan perlu berada di belakang ibu ayam.
  4. Pemain-pemain yang menjadi anak ayam perlu memeluk pinggang antara satu sama lain. Pemain berkenaan tidak boleh melepaskan pelukan berkenaan.

LANGKAH-LANGKAH PERMAINAN

  1.  Ibu ayam berdiri, kemudian pemain-pemain(anak-anak) berdiri dan beratur di belakangnya. Pemain(anak) di hadapan memeluk pinggang ibu ayam. Anak-anak lain memeluk pinggang pemain di hadapannya. Helang berdiri di hadapan ibu ayam dan anak-anak.
  2. Apabila permainan dimulakan, Helang sedaya upaya cuba menangkap anak ayam yang berada di belakang sekali. Sementara itu ibu ayam perlu menghalang Helang menangkap anak ayam tadi.
  3. Ibu ayam menghalang Helang menangkap anak-anak ayam dengan cara mendepakan tangan. Anak-anak ayam pula perlu menyelamatkan diri dengan cara mengikut pergerakan ibu ayam.
  4. Sekiranya Helang berjaya menangkap anak ayam, anak ayam berkenaan akan menjadi Helang pula. Permainan kemudian terus dijalankan sebagaimana tadi.
  5. Permainan kemudian boleh ditamatkan atas persetujuan semua pemain.




 


Kanak-kanak sedang bermain Helang dan Ibu Ayam di kawasan lapang.