TEMPAT
Kawasan lapang
PERALATAN
Tiada
PEMAIN
Sekurang-kurangnya lima pemain:
a) Seorang
pemain menjadi ibu ayam.
b) Seorang
pemain menjadi seekor helang.
c) Anak
tidak terhad bilangannya antara 2-10.
PERATURAN PERMAINAN
- Undian hendaklah dijalankan terlebih dahulu untuk menentukan peranan pemain-pemain.
- Helang tidak boleh merempuh tangan ibu ayam yang sedang mendepa. Helang hanya perlu menangkap pemain yang berada di hujung barisan(di belakang).
- Jika Helang berjaya menangkap anak ayam, pemain berkenaan akan bertukar peranan. Helang menjadi anak ayam pula, dan perlu berada di belakang ibu ayam.
- Pemain-pemain yang menjadi anak ayam perlu memeluk pinggang antara satu sama lain. Pemain berkenaan tidak boleh melepaskan pelukan berkenaan.
LANGKAH-LANGKAH PERMAINAN
- Ibu ayam berdiri, kemudian pemain-pemain(anak-anak) berdiri dan beratur di belakangnya. Pemain(anak) di hadapan memeluk pinggang ibu ayam. Anak-anak lain memeluk pinggang pemain di hadapannya. Helang berdiri di hadapan ibu ayam dan anak-anak.
- Apabila permainan dimulakan, Helang sedaya upaya cuba menangkap anak ayam yang berada di belakang sekali. Sementara itu ibu ayam perlu menghalang Helang menangkap anak ayam tadi.
- Ibu ayam menghalang Helang menangkap anak-anak ayam dengan cara mendepakan tangan. Anak-anak ayam pula perlu menyelamatkan diri dengan cara mengikut pergerakan ibu ayam.
- Sekiranya Helang berjaya menangkap anak ayam, anak ayam berkenaan akan menjadi Helang pula. Permainan kemudian terus dijalankan sebagaimana tadi.
- Permainan
kemudian boleh ditamatkan atas persetujuan semua pemain.
No comments:
Post a Comment